Wednesday, March 4, 2015

BERSAMA KITA HIDUPKAN SISTEM TURATHIAH

 PEJABAT AL-BADRIAH PONDOK JAL BESAR


 BATU-BATA YANG DIAMBIL DARI PEJABAT SUK UNTUK PEMBANGUNAN PONDOK




SEPARUH PONDOK PELAJAR YANG SUDAH SIAP DAN DIDUDUKI

Assalamualaikum wrt ...disini ingin saya berkongsi kegembiraan tentang sebuah pembangunan ilmu,dimana guru-guru ulama yang hebat-hebat dilahirkan di dalam suasana begini iaitu suasana pondok,namun suasana ini tidak akan tercapai tanpa kesedaran yang tinggi dan semangat yang terbit dari jiwa untuk menyambungkan   terus perjuangan Rasullah demi untuk mendidik masyarakat didalam mengenali siapakah sang pencipta alam semesta ini,supaya kehidupan yang mendatang tidak terbawa oleh arus kemodenan,apalah ertinya kemodenan yang selalu disebut-sebut itu jika kehidupan seseorang terpesong dari landasan yang ditetapkan oleh Tuhan yang maha berkuasa sudah tentu tidak ada nilai disisinya,jesteru itu kesedaran sebegini harus dipupuk bersama didalam menghidupkan suasana begini agar suatu masa nanti akan terbit pendakwah-pendakwah yang hebat mampu untuk bersaing dengan kemodenan arus dunia,tidak salah kita mengejar dunia tetapi jika yang kita keja itu boleh melalaikan dari mengingat Allah maka itu benar-benar salah.
Maka dengan itu pihak Madrasah Al-badriah mengalu-alukan masyarakat dan anak-anak muda serta ibu bapa untuk terus berjuangan menghidupkan suasana pondok yang telah lama diusahakan oleh ulama-ulama kita yang berteraskan Ahli Sunnah Wajamaah 

                                                     KAMI PIHAK PONDOK JAL MENJEMPUT SEMUA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI PERARAKKAN...