Tuesday, October 20, 2015

MAJLIS ZIARAH TUAN GURU DARI FATHONI DAN MUZAKARAH ILMIAH

   Alhamdulillah pada tanggal 16 dan 17 Oktober 2015 pihak Madrasah Al-badriah telah dikunjungi oleh beberapa ulama dari fathoni sebagai ziarah hubungan rahim diantara Madrasah Al-badriah dan ulama-ulama fathoni disamping mengadakan muzakarah ilmiah yang berlansung selama dua hari,tajuk muzakarah kali ini ialah mengenai korban dan bertapa penting didalam memahami masalah korban ini,alhamdulillah didalam upacara yang berlangsung selama dua hari itu banyaklah faedah faedah yang dapat diambil dan pengajaran untuk pelajar kami,dan insyallah hasil dari perbincangan kami,program yang seperti ini akan diadakan pula buat kali kedua dan seterusnya sehingga tertebit sebuah kitab yang membicarakan tentang korban ...


  Gambar ini dirakam sesudah majlis muzakarah ilmiah berlangsung selama dua hari,kelihatan pelajar Madrasah Al-Badriah begitu gembira sekali disamping para ulama-ulama terkenal dari fathoni....

  

 Ketika Majlis Muzakarah Ilmiah Sedang berlansung,ternyata sekali majlis ilmiah ini banyak memberi pengajaran dan pembelajaran kepada anak-anak Madrasah Al-Badriah,semuga majlis dirahmati oleh Allah dan di beri ganjaran yang besar disisi Allah yang maha kaya ..

PROGRAM BERBEKAM ANJURAN MADRSAH AL-BADRIAH

    Program berbekam selama yang dianjurkan oleh Madrasah Al-Badriah Pondok Jal Besar selama dua yang bermula pada 9 dan 10 Oktober,telah berjalan dengan jayanya,pihak Madrasah mengucapkan tahniah kepada para peserta khususnya pelajar Al-badriah sendiri dan tidak lupa juga kepada tenaga pengajar yang sanggup datang dari jauh iaitu Haji Jabir semata-mata untuk mencurahkan ilmu kepada pelajar  kami,semuga jasa yang mulia ini mendapat
ganjaran dari Allah Insyallah...

  
 Kelihatan para peserta dan pelajaran menunggu giliran dengan penuh debaran,praktikal diadakan supaya pelajar tidak merasa takut semasa berbekam dan ketika hendak berbekam..

BERSAMA TUAN GURU MUHAMMAD AL FIRASI ( BABO MAT KELUBI )




      Pelajar Madrasah Al-Badriah Bersama dengan tuan guru Muhammad Yasin Al firasi ,sesudah mendengar beberapa nasihat yang berguna untuk bekalan semangat didalam menuntut ilmu agama...dan matlamat pelajar pondok serta tujuannya dimasa yang akan datang ....Terima kasih kami ucapkan kepada tuan kerana sudi meluangkan masa bersama kami didalam membina semangat dan tali persaudaraan..


Wednesday, March 4, 2015

Doa dan amalan pelihara diri dari sihir

بسم الله الرحمن الرحيم

باج لفس صبح اتو ستيف لفس صلاة ليم وقت

١- صلاوة ساتو كالي دوا,تيكا,ليم اتو توجه كالي ( مغيكوت بيلاغن كنجيل )
٢- أعوذ بكلمات الله التامات من شرما خلق ( تيكا كالي )
٣- بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شئ في الأرض ولا في السماء وهو السميع العليم ( تيكا كالي )
٤- بسم الله ارقيك والله يشفيك من كل شئ يؤذيك ( تيكا كالي )
٥- فالله خير حافظا وهو ارحم الراحمين ( تيكا كالي )
٦- ان الله قد احاط بكل شئ علما ( تيكا كالي )
٧- اعوذ بالله من الشيطان الرجيم , بسم الله الرحمن الرحيم ---- ( الفاتحة )
٨- الم ذلك الكتاب لا ريب فيه هدى للمتقين ---- باج سمفي وأولئك هم المفلحون ( سورة البقرة )
٩- وابتعوا ما تتلوا الشياطين ----- باج سمفي آخر آية ( سورة البقرة الاية ١٠٢ )
١٠- والهاكم اله واحد لا اله الا هو الرحمن الرحيم ( ساتو كالي )
١١- أية الكرسي ( توجه كالي )
١٢- أمن الرسول بما أنزل اليه من ربه -------- باج سمفي فانصرنا على القوم الكافرين باج ساتو كالي ( سورة البقرة )
١٣- افحسبتم انما خلقناكم عبثا وانكم الينا لا ترجعون,فتعالى الله الملك الحق لا اله الا هو رب العرش الكريم,ومن يدع مع الله الها آخر لابرهان له به فإنما حسابه عند ربه إنه لا يفلح الكافرون,وقل رب اغفر وارحم وأنت خير الراحمين ( سورة المؤمنون الاية ١١٥ الى ١١٨ )
١٤- الم , الله لا اله إلا هو الحي القيوم ( سورة آل عمران )
١٥- والصفات صفا,باج سمفي من كل شيطان مارد ( سورة الصافات الاية ١ الى ٨ )
١٦- قل أوحي الى أنه استمع نفر من الجن فقالوا---- باج سمفي شططا ( سورة الجن الاية ١-٤  )
١٧- فلما ألقوا قال موسى ما جئتم به السحر ان الله سيبصله , ان الله لا يصلح عمل المفسدين ( توجه كالي )
١٨- هو الله الذي لا اله إلا هو عالم الغيب والشهادة ---- باج سمفي آخر سورة ( سورة الحشر الاية ٢٢-٢٤ )
١٩- آلم نشرح ( ساتو كالي )
٢٠- قل ياأيها الكافرون ( تيكا كالي اتو توجه كالي )
٢١- قل هو الله ( ساتو كالي ) قل أعوذ برب الفلق ( ساتو كالي ) قل أعوذ برب الناس ( ساتو كالي )
٢٢- باج سمولا ١٫٢٫٣٫٤٫٥٫٦
٢٣- يا عدو الله أخرج بإذن الله من هذا الجسد ( باج دان تيوق كبدان اورغ ساكيت , كالو تأ ادا اورغ ساكيت كيت تيوق كبدان كيت سنديري )


قائدة :- ورد يغترسبوت بوليه كيت باج كفد اورغ يغ ساكيت اتو كنا سحر اتو ماسوق جن,اتو كيت توليس دغن اير زعفران دقرطس كمدين جلوق كدالم ايركمدين بري كفد اورغ ساكيت سفاي مينوم انشاء الله فياكيت ايت اكن سمبوه دغن اذن الله تعالى.



اجازة دري مولانا الفاضل الاستاذ(( محمد يونوس فائزالدين البرماوي  )

Boleh diamal dan buat wirid untuk menjaga diri kita serta ahli keluarga kita dari gangguan sihir

BERSAMA KITA HIDUPKAN SISTEM TURATHIAH

 PEJABAT AL-BADRIAH PONDOK JAL BESAR


 BATU-BATA YANG DIAMBIL DARI PEJABAT SUK UNTUK PEMBANGUNAN PONDOK




SEPARUH PONDOK PELAJAR YANG SUDAH SIAP DAN DIDUDUKI

Assalamualaikum wrt ...disini ingin saya berkongsi kegembiraan tentang sebuah pembangunan ilmu,dimana guru-guru ulama yang hebat-hebat dilahirkan di dalam suasana begini iaitu suasana pondok,namun suasana ini tidak akan tercapai tanpa kesedaran yang tinggi dan semangat yang terbit dari jiwa untuk menyambungkan   terus perjuangan Rasullah demi untuk mendidik masyarakat didalam mengenali siapakah sang pencipta alam semesta ini,supaya kehidupan yang mendatang tidak terbawa oleh arus kemodenan,apalah ertinya kemodenan yang selalu disebut-sebut itu jika kehidupan seseorang terpesong dari landasan yang ditetapkan oleh Tuhan yang maha berkuasa sudah tentu tidak ada nilai disisinya,jesteru itu kesedaran sebegini harus dipupuk bersama didalam menghidupkan suasana begini agar suatu masa nanti akan terbit pendakwah-pendakwah yang hebat mampu untuk bersaing dengan kemodenan arus dunia,tidak salah kita mengejar dunia tetapi jika yang kita keja itu boleh melalaikan dari mengingat Allah maka itu benar-benar salah.
Maka dengan itu pihak Madrasah Al-badriah mengalu-alukan masyarakat dan anak-anak muda serta ibu bapa untuk terus berjuangan menghidupkan suasana pondok yang telah lama diusahakan oleh ulama-ulama kita yang berteraskan Ahli Sunnah Wajamaah 

Sunday, February 15, 2015

GAMBAR KENANGAN DAN PROGRAM PENGAJIAN KITAB




Al-fadhil ustaz Fadhil Zakaria Al-fadhil Syeikh Ahmad Al-mandili Al-Fadhil ustaz saiful baharin


Assalamualaikum wrt ..

 Terima kasig sekali lagi kepada pengunjung pondok al-badriah,disini kami pihak al-badriah ingin berkongsi gambar kenangan bersama ulamak indonesia Kh ahmad dari Mandili yang sudi mengunjung pondok al-badriah buat kali kedua,dan insyallah harapan kami pihak al-badriah kunjungan barokah seperti amat-amat dialukan dan disamping itu jugak kami pihak al-badriah mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat kampung yang sudi berkunjung ke ke al-badriah didalam menuntut ilmu pada setiap sabtu dengan harapan hubungan yang terbina diatas dasar ilmu Allah ini akan berkekalan sampai ke akhirat,doa dan sokongan moral serta bantuan dari pihak tuan/puan amat-amat diperlukan demi untuk meneruskan lagi perjuangan pengajian turathiah yang dikatakan semakin hari semakin pupus ..

Wednesday, January 28, 2015

GOTONG ROYONG PONDOK AL-BADRIAH


PELAJAR PONDOK BADRIAH SEDANG MEMBERSIH KAWASAN PONDOK


PELAJAR SEDANG MENGANGKAT KAYU UNTUK DIBUANG 



Alhamdulillah pagi ini pelajar-pelajar al-badriah dapat bersama untuk pembersihan kawasan pondok sebagai satu riadah dan insyallah dengan izin allah taala kawasan pembersihan ini akan dibina lagi pondok-pondok dan jugak sebuah kedai koperasi untuk menjana ekonomi pondok al-badriah,dan tidak lupa juga penderma-penderma yang ini melaburkan untuk akhirat bolehlah menelefon pihak pengurusan al-badriah ustaz saiful ( 0129618580 ) ustaz fadhil ( 01129464922 )

Friday, January 23, 2015


KELIHATAN USTAZ SAIFULBAHARIN MUDIR PONDOK AL-BADRIAH BERSAMA DENGAN TUAN GURU ISMAIL SEPANJANG SEDANG MENDENGAR SESUATU PESANAN


MAJLIS SARAPAN PAGI


PELAJAR PONDOK AL-BADRIAH KG JAL BESAR BERGAMBAR DENGAN TUAN GURU
DIPEJABAT AL-BADRIAH


SUASANA MENYAMBUT KEDATANGAN TUAN GURU HAJI ISMAIL SEPANJANG


SALAM PERPISAHAN DARI PELAJAR AL-BADRIAH KEPADA TUAN GURU


ANAK-ANAK AL-BADRIAH BERSAMA TUAN GURU ISMAIL SEPANJANG AL-FATHONI



kami warga pondok al-badriah kg jal besar tumpat kelantan amat berasa gembira dengan kedatangan ulama besar fathoni Tuan Guru Haji Ismail Fathoni pondok sepanjang wilayah fathoni,dengan harapan ziarah ini ziarah yang penuh dengan keberkatan disamping memberi semangat kepada warga pondok al-badriah didalam menuntut ilmu agama dan mempekuat serta memperkasakan aqidah ahli sunnah wajamaah al asyairah dan mathuridiah,

Monday, January 19, 2015


Keadaan pondok al-badriah ketika banjir 


Gelombang banjir dari sungai kelantan telah menukar warna air

Assalamualaikum wrt ...kepada pengunjung pondok al-badriah ini keadaan dipondok yang ditenggelami banjir gelombang kedua yang berpunca dari sungai kelantan.


Sunday, January 18, 2015

PENGAJIAN UMUM UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT DAN AHLI JEMAAH MASJID

  


  Untuk makluman pengunjung blog..al-badriah , pihak pondok madrasah al-badriah kg jal besar tumpat kelantan akan mengadakan pengajian umum yang akan bermula pada 31/1/2015 yang akan bermula pada 8:00 am-9:00am untuk pengajian al-quran dan tajwid,dan pada 9:00 am - 10:00 pengajian kitab usuluddin misbahul munir yang dibaca oleh ustaz fadhil...insyallah kepada sesiapa yang berminat untuk memantapkan lagi ilmu ketuhanan dan al-quran bolehlah datang pada tiap-tiap sabtu untuk melansungkan pengajian ....
   Pengajian kitab misbahul munir akan berlansung pada tiap tiap hari sabtu dihujung minggu dan bagi yang ingin mendapatkan kitab misbah boleh didapati di pondok al-badriah ...

                                                     KAMI PIHAK PONDOK JAL MENJEMPUT SEMUA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI PERARAKKAN...