Sunday, February 15, 2015

GAMBAR KENANGAN DAN PROGRAM PENGAJIAN KITAB




Al-fadhil ustaz Fadhil Zakaria Al-fadhil Syeikh Ahmad Al-mandili Al-Fadhil ustaz saiful baharin


Assalamualaikum wrt ..

 Terima kasig sekali lagi kepada pengunjung pondok al-badriah,disini kami pihak al-badriah ingin berkongsi gambar kenangan bersama ulamak indonesia Kh ahmad dari Mandili yang sudi mengunjung pondok al-badriah buat kali kedua,dan insyallah harapan kami pihak al-badriah kunjungan barokah seperti amat-amat dialukan dan disamping itu jugak kami pihak al-badriah mengucapkan ribuan terima kasih kepada masyarakat kampung yang sudi berkunjung ke ke al-badriah didalam menuntut ilmu pada setiap sabtu dengan harapan hubungan yang terbina diatas dasar ilmu Allah ini akan berkekalan sampai ke akhirat,doa dan sokongan moral serta bantuan dari pihak tuan/puan amat-amat diperlukan demi untuk meneruskan lagi perjuangan pengajian turathiah yang dikatakan semakin hari semakin pupus ..

Wednesday, January 28, 2015

GOTONG ROYONG PONDOK AL-BADRIAH


PELAJAR PONDOK BADRIAH SEDANG MEMBERSIH KAWASAN PONDOK


PELAJAR SEDANG MENGANGKAT KAYU UNTUK DIBUANG 



Alhamdulillah pagi ini pelajar-pelajar al-badriah dapat bersama untuk pembersihan kawasan pondok sebagai satu riadah dan insyallah dengan izin allah taala kawasan pembersihan ini akan dibina lagi pondok-pondok dan jugak sebuah kedai koperasi untuk menjana ekonomi pondok al-badriah,dan tidak lupa juga penderma-penderma yang ini melaburkan untuk akhirat bolehlah menelefon pihak pengurusan al-badriah ustaz saiful ( 0129618580 ) ustaz fadhil ( 01129464922 )

Friday, January 23, 2015


KELIHATAN USTAZ SAIFULBAHARIN MUDIR PONDOK AL-BADRIAH BERSAMA DENGAN TUAN GURU ISMAIL SEPANJANG SEDANG MENDENGAR SESUATU PESANAN


MAJLIS SARAPAN PAGI


PELAJAR PONDOK AL-BADRIAH KG JAL BESAR BERGAMBAR DENGAN TUAN GURU
DIPEJABAT AL-BADRIAH


SUASANA MENYAMBUT KEDATANGAN TUAN GURU HAJI ISMAIL SEPANJANG


SALAM PERPISAHAN DARI PELAJAR AL-BADRIAH KEPADA TUAN GURU


ANAK-ANAK AL-BADRIAH BERSAMA TUAN GURU ISMAIL SEPANJANG AL-FATHONI



kami warga pondok al-badriah kg jal besar tumpat kelantan amat berasa gembira dengan kedatangan ulama besar fathoni Tuan Guru Haji Ismail Fathoni pondok sepanjang wilayah fathoni,dengan harapan ziarah ini ziarah yang penuh dengan keberkatan disamping memberi semangat kepada warga pondok al-badriah didalam menuntut ilmu agama dan mempekuat serta memperkasakan aqidah ahli sunnah wajamaah al asyairah dan mathuridiah,

Monday, January 19, 2015


Keadaan pondok al-badriah ketika banjir 


Gelombang banjir dari sungai kelantan telah menukar warna air

Assalamualaikum wrt ...kepada pengunjung pondok al-badriah ini keadaan dipondok yang ditenggelami banjir gelombang kedua yang berpunca dari sungai kelantan.


Sunday, January 18, 2015

PENGAJIAN UMUM UNTUK MASYARAKAT SETEMPAT DAN AHLI JEMAAH MASJID

  


  Untuk makluman pengunjung blog..al-badriah , pihak pondok madrasah al-badriah kg jal besar tumpat kelantan akan mengadakan pengajian umum yang akan bermula pada 31/1/2015 yang akan bermula pada 8:00 am-9:00am untuk pengajian al-quran dan tajwid,dan pada 9:00 am - 10:00 pengajian kitab usuluddin misbahul munir yang dibaca oleh ustaz fadhil...insyallah kepada sesiapa yang berminat untuk memantapkan lagi ilmu ketuhanan dan al-quran bolehlah datang pada tiap-tiap sabtu untuk melansungkan pengajian ....
   Pengajian kitab misbahul munir akan berlansung pada tiap tiap hari sabtu dihujung minggu dan bagi yang ingin mendapatkan kitab misbah boleh didapati di pondok al-badriah ...

Saturday, November 22, 2014




ASSALAMUALAIKUM WRT....

      Untuk makluman semua..kepada pelawat-pelawat blog al-badriah,buat masa sekarang ini sedang berlansung progrem amal dan mukhayyim selama satu bulan ..dipondok al-badriah...progrem ini adalah bertujuan untuk menanam kepada pelajar-pelajar tentang amalan-amalan penting didalam kehidupan harian seperti doa selepas sembahyang kaifiyat tahlil dan lain-lain lagi.




urusetia pondok al-badriah sedang sibuk melayan tetamu yang mendaftar



pihak ibu bapa sedang mendengar taklimat 

Thursday, January 23, 2014

MAKLUMAN TERKINI

Untuk makluman kepada semua program pengajian ilmu falak sedang berlangsung di pondok Al-badriah Jal Besar Dan insyallah Banyak Lagi Daurah yang akan diadakan disini yang bertujuan untuk menghidupkan lagi suasana pengajian turath
Aktiviti Pengajian

                                                     KAMI PIHAK PONDOK JAL MENJEMPUT SEMUA KEPADA SESIAPA YANG INGIN MENGIKUTI PERARAKKAN...